Shopping @ SOGO
Pernah dengar nama SOGO...kalau tak pernah buat-buat pernah je lah ye hehehe... OK, kita cerita pasal shopping di SOGO kali ni...jadi kat bawah ni gambaq itu SOGO shopping complex. Orang KL, Selangor dan WP Putrajaya kalau tak tahu tu memang la dasyat sebab pandai berjimat cermat (hihihi...)
OK...dan kenal rupa kompleks tu, tahu tak keadaan bila ada Mega Sale ,
Clearance Sale atau yang paling gempaq, Membership sale...ala yang boleh
bawa sorang je kawan tu kalau nak masuk dan kena produce kad SOGO tu
sekali...tahu kan...
Sapa tak terbeliak mata kalau tengok iklan cam ni kan...ohHH TidakkK..!!
Sekarang boleh bayangkan orang dalam kompleks tu kan....macam semut
menghurung gula..duhhh... Ramai yang kadang tu tengok orang beratur dia
pun start engine kereta terus balik...tak sanggup!!
Tapi bagi yang bersemangat waja untuk terus menyopping---contohnya macam
yg menulis ni lah yea...Kak Imah share tips menyopping time gini....
Nak ikut boleh, tak nak ikut lagi baik...jimattt...
TIPS-TIPS SHOPPING SAKAN..
1. Pastikan cukup tido untuk dapatkan tenaga esok harinya..kerja berat tu..
2. Draw duit secukupnya...aisey...kadang better bawa cash sikit walau
nak pakai credit card...takut card buat hal...manalah tau kan..
3. Penuhkan minyak kereta...motorsikal ke basikal ke...
4. Beli bekal seperti 100 plus ke...atau makanan sikit macam Kit-kat je... Kak Imah suka bawa air ni...
5. Bawa beg besar macam beg Ikea untuk senang bawa banyak bunjut beg plastik nanti.
6. On the day, Bangun awal---sarapan dulu
7. Uruskan anak-anak, tak dinasihatkan bawa, tapi kalau terrrr paksa
bawa makanya pastikan bapanya pun dibawa sekali bagi mengurangkan kes
pihak SOGO asyik kena announce pasal anak hilang. Bukan apa...dalam
ramai ni macam-macam boleh jadikan.. Btw..ada 2 tempat untuk
kanak-kanak, satu kat tingkat 4 yang FOC, satu kat tingkat 7 yg
berbayar. Kat tingkat 4 tu memang dipenuhi dengan muka bapa-bapa yang
sungguh sabar sambil redha menerima takdir bahawa isteri mereka tengah
mencari yg terbaik untuk keluarga...(HAHAHA...)
8. Pastikan bawa Kad SOGO atau Kad Mayban...dan so far hanya 2
org utk laluan masuk bagi satu kad. Tak de kad pun no worry meh...kat
situ mereka sediakan ample kaunter pendaftaran...buat je kad untuk diri
sendiri.
9. Keluar awal , kalau sekitar 9.00 pagi tu biasanya dan jammed ye..ambil risiko sendiri kalau lewat.
10. Parking je kat parking SOGO, dekat area CIMB atau Pertama Complex ke...pepandai le bawa diri dan kenderaan anda
11. Yess...dah boleh masuk shopping.
12. Kenapa perlu air minuman dan makanan ringan tu; sebab sekarang dah
boleh shopping melepasi waktu lunch, tak de kalut nak pi lunch dengan
manusia yang ramai tu....boleh isi perut dengan bekal...lepas orang
ramai dah kurang boleh la pegi makan...
13. Mengkalau nak shopping untuk anak-anak, sang suami biasanya ambil
alih tugas menjaga. Biasanya kak Imah bawa sample baju terus...tak
kuasa nak bersesak dengan anak-anak ye...biar mereka main dijaga
bapanya. Tapi tak boleh berlama...jadi Kak Imah lagi suka pergi seorang
diri...habis cerita...
14. Satu part yang kak Imah turut terlibat sama adalah sesi pilihan
akhir iaitu setelah isi bakul dengan sepenuh raganya...kita carik sudut
dan mula check dengan teliti satu-persatu baju tu... Yg terberkenan dan
tak ada cacat cela baru akan dibawa ke kaunter. Hubby selalu gelak
tengok orang buat benda ni...cheyy...gelakkan isteri dia jugalah tu..
Time tu elok tekan kalkulator sekali ye...saja je nak elakkan tersedak
masa nak bayar- kui-kui-kui!!
15. Dalam sibuk shopping jgn lupa solat na... Tapi solat hati-hati yea
sebab kat surau SOGO tu byk penunggu...bukan org minyak ke hantu
ke...penunggu yang tunggu kita lalai sebab nak copet beg/barang kita...
16. Dah bayar kan....hmmm...lum habis lagi ni...sila naik ke bahagian
Customer Servis : biasanya boleh redeem kupon supaya kita akan terus
bertunggu tangga di SOGO pada hari-hari lain, baguih strategi ni kan...
17. Selesaikan---amacam BERANI???
No comments:
Post a Comment