Tuesday, 31 December 2013

Tips Terima Pembantu Rumah Baru (Maid Baru)

Tips Terima Pembantu Rumah Baru 
(Maid Baru)

Sebelum baca thread ni satu je Kak Imah minta, jangan tanya macamana Kak Imah dapat pembantu rumah?...berapa kos?...orang daerah mana bagus etc-etc yang tidak termasuk dalam tajuk ni ye. 

Skop ni hanya berkenaan tips terima pembantu rumah baru-TITIK! 

Kang orang ingat Kak Imah ejen ke apa ke...tu yang awal-awal dah tapis :)



Anyhow tips ini tips amalan Kak Imah , tapi tak diwajibkan untuk digunakan ..pilih mana yg sesuai dengan keadaan sendiri...kalau dapat beri lebih dari ini...alhamdulillah...

Tips-tips nya...
 
 1. Terima pembantu anda seadanya...kalau dia pertama kali datang negara ini, makin banyak nak kena ajar.  Apapun yang pasti jangan sampai dia terkejut sudah.. Part benda nak diajar contohnya bagaimana guna dapur gas, peralatan elektrik terutamanya mesin basuh, blender, microwave dll lagi.  Mesin basuh crucial tau..kadang ini yang buat setahun sekali kena tukar..


Kalau jadi macam ni...huhuhu...




2. Biasanya Kak Imah dan siapkan makanan dan minuman yang kak Imah masak sendiri, just to tell her that i can cook...bukan jadi 'tai-tai' saja...
Wuihh...best kan kalau gini....


Rumah pun jangan sepah sangat, nanti mau dia fobia terus...

Ni fobia balik shopping ni ..silap gambar :))

 3. Sediakan bahan pembersih diri dari shampoo, sabun mandi, berus gigi, ubah gigi, sikat, bedak , set telekung dan sejadah serta towel bersih.  Ini utk memastikan dia dari awal dimaklumkan perlu bersih dan don't aspect mereka bawa sekali dari rumah.  

Kot ye sampai bagi gini..memang byk pahala majikan tu heheh...

Sediakan bilik tidor dan kelengkapan tidur secukupnya dan kalau boleh biar bilik air berasingan.

Cam gini pun ok dah..sekali promote ini rumah tamu dahh...
 Satu lagi...ada kala mereka tak bawa baju yang sesuai dengan kita, contoh macam seluar senteng ke, ketat ke...tak payah bising-bising, beli saja yang baru dalam 3 pasang ke dan minta mereka pakai.  Baju mereka tu kata pakai time nak tido saja...senang cerita dari kita membebel tak tentu pasal...culture lain-lain yea..kena faham part ni.

4.  Selepas makan Kak Imah akan suruh dia rest, biasanya mereka diambil dari ejen awal dan perjalanan mereka memang meletihkan.

5. Hari esoknya awal-awal lagi kami suami-isteri akan duduk dan bercakap terus dengan dia dengan bagitau dengan TEGAS term-of-reference jika kerja di rumah ini serta perkara melibatkan DO  & DON'T...


Contoh: Apa tugas dia, gaji berapa, elaun berapa(kalau ada lah ) pukul berapa bangun, jangan benarkan orang masuk rumah tanpa izin , berapa kali boleh balik kg...dan yang paling mereka nak tahu, berapa lama gaji mereka kena potong oleh majikan..


Sesi ini amat penting dan majikan sepatutnya dah list down apa nak di pesan.  Kalau kita cakap hari ke 7 ke..ke 10 ke...macam tak sama sebab masa tu dia dah bina hubungan baik dengan keluarga kita, jadi ada benda kita tak tercakap disebabkan rasa simpati.  

Bila kita buat penegasan , bukan tak boleh nego balik ye...so jgn panik sangat nak perfect.

6.  Tolong-tolong dan tolong ambil cuti.  Kalau nampak dia cekap, 3 hari cukup..kalau tak cekap, ambillah seminggu ke.  Ingat, yg dia nak jaga harta kita, nyawa kita iaitu anak-anak kita dan dia bukan tahu semua. Kot ye meletup itu dapur gas...satu rumah terbakar yang terbabit sekali siapa...anak kita kan... Jadi berkorban sikit...bila dia confident baru biar dia urus.  Jangan lama sangat pula..kang hilang pekerjaan lak heheheh..

Ramai tanya pembantu kakak macamana boleh masak sedap....ehem...kenalah tuan rumah tunjuk cara masak sedap yea...lepas tu ajar dia pelan-pelan...lama-lama sedaplah dia masak..

7.   Bawa dan tunjukkan sekitar rumah dan pintu-pintu kecemasan atau tingkap kecemasan. 

8.  Kak Imah memang tak izinkan pembantu masuk ke master bed room walau atas alasan apa sekalipun kecuali kes hidup dan mati.  Kenapa?? Pertama sebab macam mak Kak Imah cakap, tak elok orang luar keluar masuk bilik tidur kita yang sepatutnya 'bilik cinta' kita--tak gitu? Yang ke dua: Senang nak trace kalau dia berniat kurang elok, kalau tetiba dia dilihat masuk bilik, boleh tanya niat dia..kalau tak ada sebab yang logik...elok suruh dia pack barang.  

9.  Spot - check...perlu ni terutama kalau anak kita masih kecil.  Macam anak Kak Imah dah senang dah, tak sempat bagi salam mereka dan bagi report panjang berjela huhuhu...

10.  Hormati dia sebagai manusia, sebagai orang tua, tak pun sebagai pembantu kita.  Well...sampai sekarang Kak Imah suruh anak cium tangan pembantu rumah sebelum ke kelas, nak ajar mereka berhemah sikit.  Kalau suara bebudak ni meninggi...memang Kak Imah marah.  Terserahlah dengan cara masing-masing yea...

11.  Marah?? Ya..ada masa memang kena marah juga mereka ni, kalau tak mau kena pijak kepala.  Biar je bila maid tu muncung semacam...maklumlah kena marah.  Esok lusa tengok muncung dan kendur...kira sembang je macam biasa...settle gitu je...jangan letak dalam hati..

12.  Puji?? Ya...puji is a must. Kalau mereka masak sedap, pujilah. Kalau mereka terajin sikit, pujilah.  Lagi best kalau puji tengah ramai orang, again mereka pun manusia tau... Kalau Kak Imah out-station, insyaAllah adalah cenderahati untuk maid.

13.  Hak hubungi keluarga mereka mesti kita jaga, kadang moyok sebab rindu keluarga je..bagilah mereka telefon ke sekali sekala.  Kak Imah tak beri telefon sebab lebih banyak buruk dari baiknya nak telefon pakai line kami.

14. Bawa shopping???
Yang ini ikut suka, ada yang tak gemar pembantu ikut sam...tapi Kak Imah bawa dia sekali shopping.  Kak Imah biarkan beli sendiri keperluan dia dan bayar sendiri lah...gaji dia kan dah ada.  Kak Imah tak ajar bayar masa ni sebab mereka mungkin ingat majikan baik---sesuka hati mereka shopping pula lepas tu majikan bayar...oh no-no-no...! Kalau Kak Imah nak belikanpun, sesi lain ye...

15. Raya time---jangan lupa dia pun teringin nak beraya ye.  Kak Imah memang allocate 2 pasang baju, 2 tudung, sepasang kasut untuk dia dan yang ini kak Imah dan cakap masa hari pertama lagi...saja nak bagi dia gembira sikit.  Kalau banyak songel, Kak Imah bagi duit je, bawa shopping..kalau dia tak berkenan juga, simpan je duit tu..habis cerita.



16.  Naik gaji??? InsyaAllah, selagi kak Imah naik gaji, dia pun ada sedikit kenaikan gaji jugalah.  Terserahlah sebab tak ada syarat kena naikkan gaji pembantu ni sebenarnya...budi bicara kitalah...

17.  Bonus...ada juga ikut kemampuan poket, ini pun terserah kepada majikan.  Kawan Kak Imah siap beri sebulan bonus, sebulan cuti...huhuhu....

18.  Pembantu lari?? Wellll....ya , Kak Imah pun dah hadapi perkara ini...ingat senang ke nak jaga pembantu rumah ni... Pada Kak Imah, kalau pembantu lari ,sebab dia memang nak cari susah sendiri.
Kita buat report dan cari yang barulah---nak buat macamana lagi :}


Yang pasti Kak Imah akan buat solat hajat agar pembantu yang datang memang orang yang ikhlas hendak bekerja sebelum pembantu baru datang.  Dalam solat harian juga dipanjatkan doa agar mereka berterusan berperangai baik. Satu lagi--power of expectation, kalau kita ada maid tapi siang malam fikir entah apa-apa pasal maid...takut macam-macamlah...rasanya lupakan hasrat nak ber-maid ni.  Allah melaksanakan apa yang di sangka oleh hamba-Nya..kalau asyik bersangka buruk pada maid, kemungkinan untuk jadi perkara buruk juga tinggi.

Jadi lapangkan dada dan bersedia menghadapi segala risiko..insyaAllah takkan ada benda buruk berlaku.  Macam maid Kak Imah yang lari...akhirnya balik kembali dan menjadi maid terbaik Kak Imah sekarang ini...Alhamdulillah...

All the best....

Shopping @ SOGO

Shopping @ SOGO

Pernah dengar nama SOGO...kalau tak pernah buat-buat pernah je lah ye hehehe... OK, kita cerita pasal shopping di SOGO kali ni...jadi kat bawah ni gambaq itu SOGO shopping complex. Orang KL, Selangor dan WP Putrajaya kalau tak tahu tu memang la dasyat sebab pandai berjimat cermat (hihihi...)




OK...dan kenal rupa kompleks tu, tahu tak keadaan bila ada Mega Sale , Clearance Sale atau yang paling gempaq, Membership sale...ala yang boleh bawa sorang je kawan tu kalau nak masuk dan kena produce kad SOGO tu sekali...tahu kan...

Sapa tak terbeliak mata kalau tengok iklan cam ni kan...ohHH TidakkK..!!

Sekarang boleh bayangkan orang dalam kompleks tu kan....macam semut menghurung gula..duhhh... Ramai yang kadang tu tengok orang beratur dia pun start engine kereta terus balik...tak sanggup!!

Tapi bagi yang bersemangat waja untuk terus menyopping---contohnya macam yg menulis ni lah yea...Kak Imah share tips menyopping time gini.... Nak ikut boleh, tak nak ikut lagi baik...jimattt...



TIPS-TIPS SHOPPING SAKAN..

1. Pastikan cukup tido untuk dapatkan tenaga esok harinya..kerja berat tu..
2. Draw duit secukupnya...aisey...kadang better bawa cash sikit walau nak pakai credit card...takut card buat hal...manalah tau kan..
3. Penuhkan minyak kereta...motorsikal ke basikal ke...
4. Beli bekal seperti 100 plus ke...atau makanan sikit macam Kit-kat je...  Kak Imah suka bawa air ni...



5.  Bawa beg besar macam beg Ikea untuk senang bawa banyak bunjut beg plastik nanti.
6.  On the day, Bangun awal---sarapan dulu
7.  Uruskan anak-anak, tak dinasihatkan bawa, tapi kalau terrrr paksa bawa makanya pastikan bapanya pun dibawa sekali bagi mengurangkan kes pihak SOGO asyik kena announce pasal anak hilang.  Bukan apa...dalam ramai ni macam-macam boleh jadikan.. Btw..ada 2 tempat untuk kanak-kanak, satu kat tingkat 4 yang FOC, satu kat tingkat 7 yg berbayar.  Kat tingkat 4 tu memang dipenuhi dengan muka bapa-bapa yang sungguh sabar sambil redha menerima takdir bahawa isteri mereka tengah mencari yg terbaik untuk keluarga...(HAHAHA...)
8.  Pastikan bawa Kad SOGO atau Kad Mayban...dan so far hanya 2 org utk laluan masuk bagi satu kad. Tak de kad pun no worry meh...kat situ mereka sediakan ample kaunter pendaftaran...buat je kad untuk diri sendiri.
9.  Keluar awal , kalau sekitar 9.00 pagi tu biasanya dan jammed ye..ambil risiko sendiri kalau lewat.
10.  Parking je kat parking SOGO, dekat area CIMB atau Pertama Complex ke...pepandai le bawa diri dan kenderaan anda
11.  Yess...dah boleh masuk shopping.
12.  Kenapa perlu air minuman dan makanan ringan tu; sebab sekarang dah boleh shopping melepasi waktu lunch, tak de kalut nak pi lunch dengan manusia yang ramai tu....boleh isi perut dengan bekal...lepas orang ramai dah kurang boleh la pegi makan...
13. Mengkalau nak shopping untuk anak-anak, sang suami biasanya ambil alih tugas menjaga.  Biasanya kak Imah bawa sample baju terus...tak kuasa nak bersesak dengan anak-anak ye...biar mereka main dijaga bapanya.  Tapi tak boleh berlama...jadi Kak Imah lagi suka pergi seorang diri...habis cerita...
14.  Satu part yang kak Imah turut terlibat sama adalah sesi pilihan akhir iaitu setelah isi bakul dengan sepenuh raganya...kita carik sudut dan mula check dengan teliti satu-persatu baju tu... Yg terberkenan dan tak ada cacat cela baru akan dibawa ke kaunter.  Hubby selalu gelak tengok orang buat benda ni...cheyy...gelakkan isteri dia jugalah tu.. Time tu elok tekan kalkulator sekali ye...saja je nak elakkan tersedak masa nak bayar- kui-kui-kui!!
15.  Dalam sibuk shopping jgn lupa solat na... Tapi solat hati-hati yea sebab kat surau SOGO tu byk penunggu...bukan org minyak ke hantu ke...penunggu yang tunggu kita lalai sebab nak copet beg/barang kita...
16.  Dah bayar kan....hmmm...lum habis lagi ni...sila naik ke bahagian Customer Servis : biasanya boleh redeem kupon supaya kita akan terus bertunggu tangga di SOGO pada hari-hari lain, baguih strategi ni kan...
17.  Selesaikan---amacam BERANI???
Catatan perjalanan seorang aku yang bukan siapa-siapa...